fbpx
Kucing berwarna oren bersikap agresif ketika berada di dalam gerabak. - Facebook

‘Oyen’ disalahkan, jadi punca kereta api lewat tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor kucing berwarna oren dituduh menjadi punca kelewatan jadual perjalanan kereta api di Thailand selepas menyerang pemiliknya dan beberapa penumpang lain, lapor laman berita Thaiger.

Kereta Api Rapid No.169 yang dalam perjalanan dari Bangkok Aphiwat ke Yala, tiba di stesen Yala pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) Isnin lalu, 430 minit lewat daripada jadual. 

Satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh pengguna bernama Kijja Pongpisan pada 14 April lalu menggambarkan bagaimana kereta api tersebut berhenti di pertengahan perjalanan selepas seekor kucing menjadi gelisah dan menggigit pemiliknya sehingga berdarah.

Katanya, haiwan itu turut mencakar penumpang lain di dalam gerabak.

Tiga kakitangan kereta api menghabiskan masa selama 20 minit menggunakan cadar untuk menangkap haiwan itu sebelum perkhidmatan dapat disambung semula. 

Kucing betina berwarna oren itu sedang menaiki kereta api tanpa penyaman udara bersama pemiliknya. Kepanasan disebut sebagai punca tingkah laku haiwan itu.

Bagaimanapun, ramai penumpang membantah di ruangan komen dengan menolak bahawa kucing itu bertanggungjawab atas kelewatan yang lama. 

Seorang pengguna media sosila berkata, penumpang terpaksa menunggu dua kali secara berasingan kerana kegagalan enjin berturut-turut.

“Enjin baharu yang menggantikan enjin yang rosak juga rosak. Kelewatan itu bukan disebabkan oleh kucing,” katanya.

Sementara itu, Keretapi Negeri Thailand (SRT) mengesahkan bahawa Keretapi No. 169 tiba di Yala 430 minit lewat tetapi tidak mendedahkan sebabnya secara terbuka. 

SRT menyatakan secara umum bahawa kelewatan boleh disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan, kerosakan enjin, isyarat pelepasan landasan atau insiden berkaitan penumpang. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN