fbpx

TUDM bantu hantar 25 pelajar UPNM pulang beraya ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar melakukan proses daftar masuk sebelum berlepas

PETALING JAYA – Seramai 25 pelajar Sabah dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihantar pulang ke Sabah menggunakan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Menurut Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah, beliau sangat menghargai usaha dan amat berterima kasih dengan bantuan ikhlas yang dihulurkan oleh Panglima Tentera Udara dan TUDM.

“UPNM menzahirkan rasa syukur apabila TUDM sudi untuk menguruskan pergerakan pelajar kami untuk pulang beraya,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI