fbpx
PDRM menjalankan Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri.

‘Pakej ambil gambar dahulu, bayar kemudian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menasihatkan orang ramai untuk mematuhi had laju ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Friends of PDRM, satu pesanan ringkas yang dititipkan buat semua pengguna lebuh raya berjaya mendapat perhatian umum.

“Sempena Hari Raya Aidilfitri, PDRM mengadakan pakej ambil gambar dahulu dan bayar kemudian.

“Dengan pesanan, patuhilah had laju yang ditetapkan,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai yang terhibur dengan pesanan tersebut menyifatkannya sebagai satu tawaran peringatan yang mesra.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan PDRM akan mengoptimumkan alat pengesan had laju ‘In-Car Radar’ dan Sistem Kompaun Dalam Talian Pintar ‘iCOPS’ menerusi Ops Selamat sempena perayaan Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN