fbpx

13 pelajar ditahan kes pukul rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
13 pelajar yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan.

LANGKAWI – Pihak polis menahan 13 pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan yang tular di media sosial pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua pelajar tersebut adalah pelajar tingkatan empat dari sekolah sama.

“Lima daripada pelajar terbabit adalah daripada kelas sama dengan mangsa dan bakinya daripada kelas lain,” katanya di sini hari ini.

Katanya, seramai 12 daripada mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi sebelum seorang lagi ditahan pada pukul 3 petang.

“Rakaman percakapan kesemua suspek sedang diambil,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI