fbpx

Pemuda parah kereta terputus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terputus dua dan terbakar.

SHAH ALAM – Seorang pemuda parah selepas kereta dinaikinya terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Glenmarie, pagi tadi.

Mangsa, M. Narresh, 20, beralamat di Taman Mutiara Puchong itu yang parah di bahagian muka telah dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA).

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.07 pagi dengan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, berdasarkan maklumat awal didapati mangsa yang memandu kereta jenis Honda itu dari arah Subang menghala ke Lebuh Raya Persekutuan.

“Kereta mangsa telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sehingga terputus dua.

“Bahagian hadapan kereta itu terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakangnya terbakar dan berjaya dipadamkan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka telah diberikan rawatan awal oleh anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Ujar Norazam, mangsa kemudiannya dihantar ke HSA menggunakan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI