fbpx

Suspek pecah masuk kedai alat ganti ada kunci pendua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (dua kiri) menunjukkan sebahagian alat ganti motosikal yang disyaki dicuri pada sidang akhbar di IPD Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua suspek kes pecah masuk sebuah kedai alat ganti kenderaan di Binjai di sini pada kelmarin berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu berjaya ditahan di lokasi berasingan pada pukul 12.20 tengah malam dan 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mereka dipercayai telah memecah masuk premis terbabit dan melarikan pelbagai alat ganti motosikal dianggarkan bernilai RM8,000.

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek memiliki kunci pendua kedai alat ganti kenderaan tersebut kerana majikan lamanya pernah menyewa premis itu sebelum ini.

“Kita juga berjaya menemui kembali sebahagian barangan yang dipercayai dicuri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan sebahagian alat ganti motosikal yang dicuri telah dipasang pada motosikal milik suspek manakala sebahagian lagi dijual kepada rakan mereka yang telah dikenal pasti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI