fbpx

Mahkamah batal larangan bertudung di sekolah Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN itu menghantar satu mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka berhak untuk mengamalkan agama mereka. - NaewNa

BANGKOK – Sebuah mahkamah membatalkan larangan bertudung yang dikuatkuasakan di sebuah sekolah di Pattani, selatan Thailand sejak empat tahun lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pengurusan sekolah ber­kenaan mendakwa bahawa pemakaian tudung oleh pelajar Islam bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan Thailand.

Larangan yang ditentang oleh ibu bapa itu berakhir apabila Mahkamah Pentadbiran Yala mengumumkan keputusan membatalkannya. 

Sekolah Anuban Pattani yang terdiri daripada tadika dan sekolah rendah itu terletak dalam kawasan kuil Buddha.

Majoriti pelajarnya beragama Buddha tetapi sekolah itu terletak di wilayah Pattani di mana 86 peratus penduduknya memeluk Islam.

Pada 16 Mei 2018, pengarah Sekolah Anuban Pattani mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai tudung ke sekolah. Kira-kira 20 ibu bapa menandatangani petisyen meminta larangan itu ditarik balik dan menyerahkannya kepada mahkamah.

Selepas pertikaian undang-undang selama empat tahun, pelajar kini dibenarkan berpakaian mengikut tatacara agama Islam semasa di sekolah.

Keputusan itu menghantar mesej kepada masyarakat Islam di Thailand bahawa mereka berhak untuk mengamalkan agama mereka, demikian menurut seorang ibu kepada pelajar yang belajar di sekolah Anuban Pattani.

Mahkamah memutuskan bahawa perlembagaan Thailand menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat seperti hak beragama. Tiada peraturan mana-mana institusi dibenarkan untuk menyekat hak tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI