fbpx

Harga 6 barangan utama diturunkan di Karnival Jualan Mega Prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham bertanya sesuatu kepada seorang peniaga yang menjual ayam segar di Pasar Tani Stadium Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri memberikan harga diskaun untuk enam barangan utama yang dijual di 29 lokasi Karnival Jualan Mega Prihatin bagi membantu persiapan Aidilfitri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim, ini meliputi ayam segar, daging pejal, tulang lembu, telur ayam gred B, minyak masak peket dan ikan q-fish.

Katanya, penjualan tersebut akan bermula esok hingga 1 Mei depan bagi memberikan lebih banyak pilihan mendapatkan harga barangan dalam kadar lebih murah.

“Ayam segar akan diberi diskaun sebanyak RM4 seekor, daging pejal diskaun RM7 satu kilogram (kg) dan tulang lembu diskaun RM5 satu kg.

“Manakala telur ayam gred B satu bekas kebiasaannya berharga RM12.70 akan diberi diskaun sebanyak RM2.30 sen. Minyak masak diskaun 50 sen sepeket dan ikan q-fish diskaun RM2 setiap satu kg ” katanya pada sidang akhbar pelancaran Karnival Jualan Mega Prihatin di Pasar Tani Stadium Shah Alam hari ini.

Izham memberitahu, pihaknya akan memastikan jumlah bekalan bagi enam barangan tersebut mencukupi dalam memastikan kelancaran karnival tersebut.

Jelas beliau, ini termasuklah dengan keseluruhan bekalan ayam segar disediakan adalah sebanyak 23,200 ekor, daging pejal (23,200 kg) dan tulang lembu (16,700 kg), ikan q-fish (1,500 kg), minyak masak peket (25,200 liter) dan telur ayam (18,200 papan). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI