fbpx

‘Tengah tunggu suami mak cik masuk meminang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Imamku Okey menampilkan lakonan Sharifah Husna dan Ashraf Muslim.

DRAMA Imamku Okey lakonan pelakon cantik, Sharifah Husna mencuri perhatian ramai apabila satu babak menariknya tular dalam TikTok.

Babak memaparkan Husna menjawab soalan tentang jangkaan perkahwinan daripada kenalan ibunya mencetuskan idea bagaimana hendak menjawab soalan orang ketika musim perayaan nanti.

Maklumlah, soalan ‘bila hendak kahwin’ antara popular bakal ditanya kepada golongan solo.

Jawapan Husna: “Nak kahwinlah, tengah tunggu suami mak cik masuk meminang saya. Mak cik tak mahu payung emas ke?”

Bagi netizen, jawapan tersebut sangatlah menikam sehingga mampu mendiamkan golongan mak cik bawang.

“Jawapan ini boleh dipakai oleh mereka yang belum berpunya semasa raya nanti,” komen netizen.

Konklusinya, bersedialah mak cik bawang semua ya, jangan sibuk tanya jodoh orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI