fbpx

Kembar Siam Britain sentiasa berpelukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNABELLE dan Isabelle dilahirkan berpelukan antara satu sama lain. – ITV

LONDON – Sepasang suami isteri di Britain menerima kelahiran bayi kembar Siam yang dilahirkan dalam keadaan se­perti sentiasa berpelukan antara satu sama lain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Hannah dan Dan Bateson menyambut kelahiran bayi mereka, Annabelle dan Isabelle bulan lalu selepas mengharungi situasi kehamilan yang sukar.

Pasangan suami isteri itu beralih kepada rawatan kesu­buran tahun lalu untuk mendapatkan cahaya mata dan teruja apabila Hannah hamil.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila imbasan awal mendapati bayi dalam kandungan ialah kembar Siam. Kelahiran sedemikian memiliki kebarangkalian satu dalam setiap 2.5 juta kehamilan. 

Doktor memaklumkan bahawa dua bayi itu berkongsi beberapa anggota badan, namun tidak dapat mengenal pasti organ penting mana yang terjejas.

“Kami berada dalam situasi tidak jelas apabila tahu mereka bercantum tetapi tidak jelas anggota badan mana yang terlibat,’’ kata Hannah kepada saluran berita ITV News.

Semasa usia kehamilan bertambah, mereka masih tidak tahu bagaimana bayi tersebut akan dilahirkan. 

Pasangan itu kemudian dirujuk ke Hospital Kolej Universiti London bagi mendapatkan bantuan pasukan pakar. 

Dua bayi itu dilahirkan dengan selamat, manakala anggota badan yang bercantum adalah dari dada ke pelvis, berkongsi pundi kencing, usus dan kaki. Kembar Siam yang kini berusia enam minggu itu turut mempunyai hati yang berasingan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI