fbpx

Hafizh harap pasukan buat perubahan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berjaya menunjukkan peningkatan berbanding ketika perlumbaan pusingan pertama di Litar Motorland Aragon, Sepanyol awal bulan ini.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak berputus asa mencari pelarasan sempurna bersama pasukannya, Mie Racing Honda Team menjelang perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di Litar Assen, Belanda malam ini.

Hafizh menjelaskan, dia dan pasukannya semakin positif mencari penambahbaikkan, namun perlu berusaha lebih gigih untuk merapatkan jurang dengan pencabar-pencabar lain.

Pada sesi latihan pertama (FP1), Hafizh berada di kedudukan ke-20 selepas mencatat masa satu minit 37.393s sebelum dia memperbaiki tunggangannya dengan catatan yang lebih baik iaitu 1:36.968 pada FP2.

Bagaimanapun, jarak catatan Hafizh dengan pendahulu hari pertama iaitu Alvaro Bautista dari pasukan Aruba.it Racing-Ducati hanyalah dengan perbezaan 2.586s.

“Apa yang saya boleh katakan prestasi saya lebih baik jika dibandingkan di Assen dengan perlumbaan di Aragon. Hampir satu saat kita dapat merapatkan jurang dengan pelumba teratas tetapi masih perlu usaha lebih lagi.

“Dari situ kita tahu apa kita perlu buat pada jentera supaya pasukan dapat mencari satu perubahan yang agak besar. Sementara ini saya masih bergelut untuk kawalkan jentera terutama di selekoh.

“Trek ini memerlukan keyakinan bahagian hadapan supaya saya boleh memecut laju di selekoh sebab saya masih kurang untuk mengambil selekoh dengan jentera ini.

“Saya harap pasukan boleh mencari pelarasan terbaik terutama elektronik, enjin dan suspension supaya saya boleh mengambil selekoh dengan lebih laju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI