fbpx

PGA patahkan cubaan seludup 3 tan karkas babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori membawa karkas babi hutan yang ditahan di sebuah pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Tumpat semalam. - FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan untuk menyeludup tiga tan karkas babi hutan bernilai RM75,000 ke Thailand selepas menahan lima lelaki di sebuah pangkalan haram di Pengkalan Kubor di sini semalam.

Serbuan itu dijalankan kira-kira pukul 7.20 malam selepas PGA menerima maklumat dariUnit Pasukan Udara (PGU) Bukit Aman.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa serbuan dijalankan, kelihatan lima orang lelaki tempatan berusia 20 hingga 40 tahun sedang memunggah barangan daripada sebuah lori.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menemui sebanyak tiga tan karkas babi yang dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

“Kelima-lima suspek yang ditangkap dan kesemua rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI