fbpx

Penternak rugi ikan banyak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAMALUDDIN (kanan) dan adiknya, Mohd. Azmi memberi makan ternakan ikan air tawar di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Harapan menggunung sekumpulan 30 penduduk untuk memperoleh RM10,000 hasil daripada jualan ikan ternakan air tawar berkecai apabila sebahagian besar hidupan itu mati akibat banjir luar biasa Februari lalu.

Peserta projek ternakan kelompok ikan air tawar di Kampung Pantai Ali di sini itu memberitahu, keadaan itu membuatkan sambutan Aidilfitri kali ini agak suram kerana menjadi kebia­saan mereka akan memperoleh angka itu setiap seorang ketika Ramadan saban tahun.

Ketua peserta, Zakaria Ismail, 65, berkata, lebih memburukkan keadaan apabila mereka kerugian lebih RM1.5 juta apabila sangkar ikan dan tempat pene­tasan anak benih turut musnah.

Katanya, ekoran itu, mereka sekadar mampu memasarkan dua tan metrik ikan air tawar sepanjang bulan Ramadan ini.

“Selalunya kami boleh menjual sekurang-kurangnya 30 tan metrik ikan pada bulan puasa.

“Permintaan terhadap ikan baung, tilapia, keli dan patin yang kami ternak memang mendapat permintaan tinggi khususnya pada bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui.

Zakaria berkata, kesemua 30 peserta program kerugian lebih RM1.5 juta apabila sangkar ikan dan tempat penetasan anak benih musnah dalam bencana banjir berkenaan.

Beliau berkata, ia merupakan kerugian terbesar pernah dialami peserta projek ternakan ikan air tawar berkenaan dalam tempoh 22 tahun.

“Ujian ini sangat besar sehingga bakal membuatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kami menjadi suram,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta lain, Mohd Jamaludin Abdullah, 47, berkata, walaupun berat untuk dipikul tetapi mereka reda dan bersangka baik dengan ketentuan Allah.

“Kami tidak akan berputus asa untuk mencari rezeki demi keluarga. Benih ikan baharu akan dimasukkan ke dalam sangkar yang telah dibaik pulih dalam masa terdekat.

“Insya-Allah kami akan tuai hasilnya pada penghujung tahun ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI