fbpx

5,899 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam terus mencatatkan penurunan dengan 5,899 kes dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,402,234 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (3,579 kes), Kuala Lumpur (649 kes), Perak (301 kes), Negeri Sembilan (249 kes), Johor (214 kes), Pulau Pinang (193 kes), Sarawak (151 kes), Kedah (126 kes) dan Melaka (112 kes).

Turut menyumbang pada kes baharu adalah Sabah (85 kes), Pahang (61 kes), Terengganu (60 kes), Putrajaya (60 kes), Kelantan (25 kes), Perlis (20 kes) dan Labuan (14 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,470 kes serta empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,509 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI