fbpx

Wabak hepatitis ‘serang’ kanak-kanak di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECDC sedang menyiasat mengenai punca penularan wabak hepatitis dalam kalangan kanak-kanak di Eropah. – Adobe Stock

STOCKHOLM, SWEDEN – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) mengumumkan bahawa sebilangan kes hepatitis akut  menyerang  kanak-kanak di rantau berkenaan sejak beberapa hari lalu,  lapor laman berita RT.

Menurut ECDC, Britain muncul  negara pertama yang melaporkan wabak tersebut dan mencatatkan paling banyak kes setakat ini.

“Kesemua kes di Britain disahkan secara klinikal sebagai hepatitis akut yang teruk.

“Sebilangan pesakit melaporkan gejala seperti  sakit perut, cirit-birit dan muntah pada minggu sebelumnya.

“Susulan laporan mengenai wabak  yang tidak diketahui puncanya itu, sebilangan kes baharu yang juga melibatkan kanak-kanak turut dilaporkan di Denmark, Ireland, Belanda dan Sepanyol,” kata ECDC.

Dalam pada itu,  negeri Alabama di Amerika Syarikat turut mencatatkan sembilan kes hepatitis akut dalam kalangan kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun. Namun, masih tidak jelas sama ada kes itu mempunyai kaitan  dengan wabak yang menular di Eropah.

ECDC bersama-sama pakar  tempatan kini giat melakukan pelbagai ujian bagi mengenal pasti punca kepada penularan wabak tersebut.

“Siasatan sedang dilakukan di semua negara yang melaporkan kes tersebut, namun buat masa ini, puncanya masih gagal dikenal pasti,” kata ECDE.

Sebuah pasukan dari Britain yang turut menyiasat wabak itu bagaimanapun mencadangkan bahawa ia berkemungkinan berpunca daripada  agen berjangkit atau pendedahan kepada bahan toksik.

“Namun, hubung kait wabak ini dengan vaksin Covid-19 tidak ditemui. Maklumat terperinci juga telah dikumpul menerusi kaji selidik berkaitan makanan, minuman dan kebiasaan pesakit bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang persamaan dalam pendedahan,” kata ECDC. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI