fbpx

MAIPk sumbang RM9.18 juta bantuan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan bantuan zakat kepada wakil penerima Daerah Kuala Kangsar pada Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh semalam.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri menerusi dana zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah lebih RM8.33 juta.

Bantuan diserahkan kepada penghulu dari 12 daerah yang mewakili 33,342 penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin seluruh negeri.

Terdahulu, baginda berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri di Masjid Sultan Azlan Shah di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan pegawai-pegawai kerajaan.

Secara keseluruhan, bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk 2022 berjumlah RM9.18 juta melibatkan keseluruhan 36,754 penerima termasuk asnaf mualaf seramai 3,412 orang dengan jumlah bantuan RM853,000.

Pada majlis sama, baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan dua anggota MAIPk yang baharu iaitu Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Arshad dan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI