fbpx

[VIDEO] Suami pukul isteri cetus kemarahan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu video tular menyaksikan seorang lelaki memukul isterinya ketika menunggang motosikal.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai memukul isterinya ketika menunggang motosikal telah mengundang kemarahan dan kecaman hebat daripada netizen.

Rakaman video berdurasi 12 saat yang tular di media sosial hari ini turut memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka dilihat membonceng motosikal yang sama dan duduk di tengah antara ibu bapanya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Klang, Selangor.

Rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit meskipun mempunyai alasan tertentu kerana ia turut mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Biar lambat kahwin, asalkan jangan salah kahwin,” kata Izzar Ishak.

“Lelaki macam ini tidak patut hidup dan berumah tangga,” ulas Aiman Farhana.

“Aku tengok pun dah rasa trauma, semoga aku dijauhkan daripada lelaki macam ni,” komen Su Ain.- KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Sabar, sabar…Kejadian dipercayai di Klang. #fyp ♬ A stylish house in the heart of the city – SOUND BANK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI