fbpx

Lalat tentera hitam mampu kurangkan 5 tan sampah sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (tengah) melihat lalat BSF yang diternak dalam ruang khas bagi melupuskan bahan sisa organik di Pasar Borong Tanah Merah hari ini. - FOTO: ROSALWANI CHE SOH

TANAH MERAH – Projek Pengurusan Sisa Lestari menggunakan lalat jenis Black Soldier Fly (BSF) atau nama saintifiknya Hermetia Illucens dijangka mampu mengurangkan lebih lima tan sampah sehari di negeri ini.

Lalat jenis itu diternak dalam rumah khas dibina di belakang Pasar Borong Tanah Merah di sini hidup dengan cara memakan sisa sampah organik yang dikumpul pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek itu dipelopori MDTM menerusi Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (Gerak) ll sebelum diperluaskan kepada Majlis Daerah Dabong, Majlis Daerah Pasir Mas dan Majlis Daerah Tumpat.

Menurutnya, lalat BSF itu adalah spesies yang terdapat di kawasan beriklim tropika.

“Lalat ini membantu melupuskan pelbagai jenis sisa buangan organik harian dan secara tidak langsung meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah, memelihara sumber alam semulajadi dan mengurangkan pencemaran alam.

“BSF menggunakan 60 peratus larva lalat jantan dan 40 peratus larva lalat betina ini memproses sisa dari Pasar Borong Manal dan Pasar Besar Bandar Tanah Merah dengan mengambil masa 14 hingga 21 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Projek Pengurusan Sisa Lestari Menggunakan BSF di Tapak Pasar Borong Tanah Merah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Saripudin Tuan Ismail.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, selain mengurangkan pelupusan sisa buangan, pendekatan itu dapat mengurangkan pembebasan tiga tan karbon dioksida selain menghasilkan baja kompos bagi menggantikan penggunaan baja kimia.

Menurutnya, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam projek itu menerima peruntukan RM250,000 di bawah Gerak.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memberitahu, sebanyak RM2.9 juta bantuan disalurkan di bawah Gerak kepada 12 PBT di seluruh Kelantan membabitkan pelbagai projek dan program pembangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI