PETALING JAYA – Tindakan dua individu yang dipercayai mengambil kesempatan membuang sampah pukal secara sembunyi semalam mencetuskan kemarahan penduduk apabila perbuatannya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).
Ketua kampung, Safwan Shari berkata, kejadian itu melibatkan sebuah kereta yang dilihat berhenti berhampiran tong sampah kampung sekitar pukul 5.59 petang sebelum individu terbabit menunggu hampir dua minit bagi memastikan tiada orang lain di kawasan sekitar.
Menurutnya, sebaik kawasan dilihat ‘selamat’, individu terbabit terus mengeluarkan tikar bersaiz besar dari kereta dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan khas untuk sampah domestik (sisa makanan).
“Line clear je terus keluar tikar ‘Zam Zam Ala Kazam’. Hampir dua minit juga ambil masa untuk keluarkan tikar tersebut,” katanya dalam satu hantaran.
Beliau menegaskan, dua tong sampah yang disediakan di lokasi itu adalah khusus untuk kegunaan penduduk Kampung Batu 14 Hulu Langat dan hanya bagi pembuangan sampah domestik seperti sisa makanan harian.
“Tikar seperti ini adalah sampah pukal, bukan untuk dibuang di sini. Siapa yang perlu uruskan kalau semua ambil jalan mudah macam ini?.
“Tindakan membuang barang besar seperti tikar, perabot atau lain-lain adalah tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pihak lain untuk menguruskan. Mohon kerjasama semua pihak untuk lebih peka dan berdisiplin,” tegasnya.
Safwan turut meminta dua individu berkenaan tampil menghubunginya bagi memberikan penjelasan serta memohon maaf atas tindakan tersebut. – KOSMO! ONLINE
@safwansharijpkkbatu14 “Line clear je terus keluar ‘tikar Zam Zam Ala Kazam’… 🤣” Hampir 2 minit juga ambil masa untuk keluarkan tikar tersebut. Saya ingin menegur pemilik kenderaan ini mohon segera hubungi saya untuk beri penjelasan dan permohonan maaf. Untuk makluman, dua tong sampah ini khas untuk kegunaan penduduk kampung sahaja, dan sampah yang dibuang sepatutnya adalah sampah domestik (harian). Tikar seperti ini adalah sampah pukal, bukan untuk dibuang di sini. Siapa yang perlu uruskan kalau semua ambil jalan mudah macam ini? Sampah pukal sepatutnya dibuang di tempat atau melalui saluran yang betul. Sekiranya pemilik kenderaan ini tampil dan hubungi saya, saya akan turunkan posting ini. 📞 017-6208572 (Tok Wan) #JPKKBatu14 #ketuakampungtradisi #hululangat #safwanshari ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo














