fbpx

Sistem rekrut pemain United mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES dianggap antara pembelian United yang paling tepat sejak sedekad lalu kerana sumbangan yang diberikan kepada pasukan. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menyelar sistem rekrut pemain baharu dan proses pencarian bakat bekas kelabnya itu sehingga menjejaskan proses perkembangan pasukan.

Menurutnya, United perlu mengubah semula budaya ber­kenaan ke landasan tepat seperti sebelum ini untuk memastikan mereka mampu meraih semula kejayaan yang telah hilang sejak beberapa musim lalu.

Kekecewaan yang dilalui pasukan itu ketika ini jelasnya adalah berpunca daripada kesilapan yang dilakukan terhadap sistem berkenaan dan menegaskan bahawa hanya Bruno Fernandes sahaja pemain terbaik pernah dimiliki United dalam tempoh 10 tahun lalu.

“Anda perlu mengembalikan ‘budaya’ sistem rekrut pemain dan pencarian bakat ke landasannya semula supaya anda mendapat pemain yang tepat dan mampu memberikan yang terbaik untuk kelab ini.

“Cuba anda lihat senarai pemain yang berada di sini untuk tempoh sedekad lalu, berapa ramaikah pemain yang mampu berkembang dan menjadi pemain yang baik dan meningkat nilainya?

“Saya 100 peratus bersetuju bahawa hanya Fernandes seorang sahaja yang boleh dilabel sebagai pemain terbaik berjaya ditandatangani oleh United dalam tempoh tersebut sementara yang lain datang dan pergi begitu sahaja.

“Anda boleh pergi ke pasaran perpindahan dan membeli tiga atau empat pemain tetapi jika sistem sama yang digunakan, kemungkinan pemain baharu itu nanti merosakkan apa yang telah anda bina dalam pasukan. Saya fikir perkara ini perlu berubah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI