fbpx

SC kompaun CEO, Pengarah, 2 pegawai Serba Dinamik RM3 juta seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kenakan kompaun maksimum kepada Serba Dinamik Holdings Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Eksekutif dan dua pegawainya sebanyak RM3 juta setiap seorang.

SC dalam satu kenyataan berkata, kompaun tersebut dikenakan atas kesalahan menghantar penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

“Individu tersebut ialah CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik, Datuk Dr. Mohd. Abdul Karim Abdullah; Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi serta Naib Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman.

“Muhammad Hafiz juga telah dikompaun sebanyak RM1 juta lagi, saman maksimum yang dibenarkan, kerana memalsukan rekod perakaunan syarikat subsidiari Serba Dinamik Sdn. Bhd., satu kesalahan di bawah Seksyen 368(1)(b)(i) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya kenyataan itu di sini hari ini.

Jelasnya, beliau telah dikenakan pertuduhan kerana terlibat dalam mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan penjualan Serba Dinamik Sdn. Bhd.

“Kompaun itu dikenakan dengan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 373(1) CMSA.

“Ini berikutan keputusan Pendakwa Raya menerima representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berkenaan pertuduhan yang belum diselesaikan di mahkamah,” katanya.

Tambahnya, kompaun maksimum boleh dikenakan di bawah Seksyen 369(a)(B) CMSA kerana memberi maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.

Sementara itu, katanya, Serba Dinamik dan individu terbabit telah dikenakan pertuduhan kerana mengemukakan penyata palsu tersebut kepada Bursa Malaysia pada 26 Februari 2021, berhubung dengan angka pendapatan sebanyak RM6.014 bilion yang terkandung dalam laporan suku tahun bagi keputusan disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Disember 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI