fbpx

Sembilan kenderaan rosak dihempap pokok sena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan buah kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta Klinik Kesihatan Bandar di sini rosak ditimpa sebatang pokok sena yang tiba-tiba tumbang pada petang ini.

SUNGAI PETANI – Sembilan buah kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta Klinik Kesihatan Bandar di sini rosak ditimpa sebatang pokok sena yang tiba-tiba tumbang pada petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.20 petang.

Katanya, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang diketuai Sarjan (PA) Y. Visvanathan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat sebatang pokok sena yang dianggarkan berusia lebih 50 tahun dengan ketinggian kira-kira 11 meter menghempap beberapa kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta di situ.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan operasi memotong pokok dan membersihkan kawasan tersebut dijalanakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Asri Ahmad, 51, berkata, ketika kejadian dia berada di kawasan klinik kesihatan sebelum melihat pokok tersebut tumbang.

Katanya, dia kemudianya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat beberapa kenderaan dipercayai milik kakitangan klinik kesihatan rosak akibat dihempap pokok.

“Pokok sena tersebut sememangnya sudah berusia dengan batangnya juga sudah reput dan tidak selamat. Sepatutnya tindakan menebang pokok tersebut sudah lama dilakukan bagi mengelak insiden seperti ini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI