KUALA LUMPUR – Keadaan trafik di sekitar Jalan Ampang dan Jalan Nagasari dilaporkan sesak susulan hujan berterusan yang menyebabkan kejadian pokok tumbang sehingga menghalang laluan serta menjejaskan pergerakan kenderaan, hari ini.
Menerusi pemantauan di televisyen litar tertutup (CCTV) Pusat Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kesesakan dikesan berlaku di Jalan Ampang melibatkan laluan dari Ampang Park ke Holiday Place susulan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di hadapan Pavilion Embassy.
Selain itu, satu lagi kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di persimpangan Jalan Berangan, Jalan Nagasari yang menghalang laluan serta menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE














