PETALING JAYA – Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di kawasan Batu 10 berhadapan Orkid The Villa di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.33 petang.
“Mangsa berusia 27 tahun itu berjaya keluar daripada kenderaan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi dijalankan oleh enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang.
Katanya, pokok berkenaan kemudian dipotong dan dialihkan menggunakan gergaji berantai sebelum pemeriksaan sekitar dilakukan bagi memastikan kawasan selamat. – KOSMO! ONLINE














