fbpx

Polis tahan lelaki tetak bapa saudara hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut ditetak anak saudaranya sehingga mati menggunakan sabit pemotong buah sawit dalam kejadian di Kampung Tradisi, Desa Kencana semalam.

LAHAD DATU – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menetak bapa saudaranya hingga mati menggunakan sabit pemotong buah sawit dalam kejadian di Kampung Tradisi, Desa Kencana semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, kejadian dikatakan berpunca ekoran tindakan mangsa yang menegur anak saudaranya agar tidak sering memarahi ibu suspek yang juga kakak kepada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, mangsa yang maut adalah seorang warga asing tanpa dokumen sah
dikenali sebagai Samak Hassan berusia 55 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang tidak puas hati dengan mangsa kerana pernah menegurnya sebelum ini.

“Kejadian disaksikan seorang wanita yang sedang membasuh pakaian di kawasan berhampiran apabila suspek dilihat tiba-tiba menetak mangsa dari belakang.

“Suspek dikatakan menetak kepala mangsa menggunakan sabit pemotong buah sawit yang dibawanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, saksi yang ketakutan terus melarikan diri dari lokasi kejadian dan satu laporan polis dibuat oleh salah seorang penduduk kampung.

Sementara itu, siasatan di tempat kejadian dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu mendapati, mangsa meninggal dunia dengan kesan tetakan serta luka di kepala, leher dan badan.

Katanya, mayat mangsa terus dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan proses bedah siasat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI