fbpx

Renjer bersara pada usia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PADA usia 100 tahun, Soskin menjadi pekerja NPS tertua di AS.

BARU-BARU ini, pekerja Perkhidmatan Taman Negara (NPS) tertua di Amerika Syarikat (AS) memilih untuk mengantungkan topi Smokeynya pada usia 100 tahun.

Betty Reid Soskin bersara daripada tugasnya sebagai pemandu pelancong atau
lebih dikenali sebagai renjer dalam kalangan pengunjung di Rosie the Riveter WWII Home
Front National Historical Park di Richmond.

Selama 15 tahun, Soskin mengetuai lawatan pelancong di tapak bersejarah itu, selain memainkan peranan dalam penubuhan taman dan muzium bagi mengenang sumbangan wanita ketika Perang Dunia Kedua.

Soskin mengajar pelawat tentang sumbangan golongan wanita terutamanya mereka yang berkulit hitam ketika perang.

Dia juga sering berkongsi pengalaman sebagai wanita kulit hitam semasa konflik berlaku kepada para pelawat.

Ketika itu, Soskin berkhidmat dalam Tentera Udara AS pada tahun 1942 sebelum mengambil keputusan bersara awal disebabkan diskriminasi warna kulit.

“Menjadi sumber utama perkongsian sejarah negara dan diri telah menjadikan taman negara ini lebih menarik dan memuaskan. Ia cukup bermakna pada tahuntahun terakhir saya,” ujarnya.

Sebagai individu berkulit hitam tunggal yang terlibat dalam mesyuarat perancangan taman
Richmond, Soskin sentiasa berusaha memberi pandangannya.

Dia berusaha menekankan hubungan mendalam ketika era Perang Dunia Kedua yang berlaku di AS dengan usaha pengasingan disebabkan perbezaan warna kulit “Apa yang paling diingati adalah peranan
saya dalam bilik mesyuarat,” ujar Soskin sambilmengimbau usahanya ketika perancangan pembinaan taman bersejarah itu.

Mengimbau perjalanan kariernya sebagai pekerja NPS, Soskin berkata, dia mendapat
tawaran jawatan ketika berusia 84 tahun sebelum menjadi pekerja tetap pada 2011.

Dia menyambut ulang tahun ke-100 pada September tahun lalu selepas berkhidmat
selama 16 tahun di di situ. Ini menjadikan Soskin sebagai pekerja NPS tertua di AS.

“Soskin telah memberi impak mendalam kepada Perkhidmatan Taman Negara dan cara
kami melaksanakan setiap misi.

“Usaha beliau mengingatkan kita supaya Renjer bersara pada usia 100 tahun sentiasa mencari titik persamaan dan memberi peluang kepada semua bercerita mengenai sejarah negara berdasarkan perseptif mereka,” ujar Pengarah NPS, Chuck Sams.

SOSKIN bertuah kerana menerima syiling presiden daripada Obama pada 2015.

Soskin dilahirkan pada tahun 1921 di Detroit sebelum berhijrah ke New Orleans untuk
tinggal bersama keluarga angkatnya.

Dia salah seorang individu yang terselamat daripada banjir besar Mississippi pada tahun
1927 sebelum berpindah ke Oakland.

Pada tahun 1945, dia bersama suaminya membuka syarikat rakaman pertama milik
orang kulit hitam di AS dengan label Reid’s Records di Berkeley.

Soskin juga pernah dinamakan sebagai Wanita Terbaik California pada 1995.

Pada 2015, Soskin mendapat kejutan apabila mendapat syiling presiden daripada Presiden
Barack Obama selepas menyalakan Pokok Krismas Kebangsaan di White House.

Malangnya, rumahnya telah dimasuki perompak dan syiling presiden serta barang
lain dilarikan pada Jun 2016.

Soskin juga diseret keluar dari bilik tidur sebelum dipukul oleh perompak terbabit.

Beliau yang ketika itu berusia 94 tahun kembali pulih dan bekerja selepas beberapa
minggu kejadian itu berlaku, malahan syiling presiden itu telah diganti semula.

Soskin juga pernah diberikan penghormatan dengan namanya dimasukkan dalam Rekod
Kongres.

Pada 2018, majalah Glamour menamakannya sebagai wanita terbaik tahunan.

Apa yang lebih membanggakan, Sekolah Menengah Juan Crespi di El Sobrante, California telah menukar nama kepada Sekolah Menengah Betty Reid Soskin sebagai penghormatan kepadanya.

Dikelilingi ahli keluarga, pemimpin tempatan dan pelajar, Soskin memotong reben
mereka bagi menandakan pertukaran nama sekolah tersebut secara rasmi.

“Saya tidak tahu apa yang dilakukan sepanjang hidup saya. Saya fikir hanya anda
sahaja tahu,” katanya pada majlis pertukaran nama sekolah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI