fbpx

Gempa bumi sederhana gegar Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan telah berlaku di Taiwan pada pukul 7.36 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 21.6 darjah Utara dan 121 darjah Timur.

“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 Kilometer (km) dan 132km Tenggara dari Kaohsiung, Taiwan.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI