fbpx

79 juta rakyat Indonesia dijangka balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga dari kota metropolitan Jabodetabek, Jakarta dijangka paling ramai menyumbang semasa aktiviti mudik lebaran. - KOMPAS.com/GARRY ANDREW LOTULUNG

JAKARTA – Seramai 79 juta rakyat Indonesia dijangka akan menyertai aktiviti balik kampung atau dikenali sebagai mudik lebaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, awal bulan depan.

Menurut laporan akhbar Kompas, pemerintah sedang melakukan persiapan  bagi mengendalikan mudik lebaran berskala besar itu selepas dua tahun ia tidak dibenarkan.

Angka tersebut diperoleh berdasarkan hasil tinjauan Kementerian Penyelidikan dan Pembangunan dan  Kementerian Pengangkutan sekitar Mac 2022.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata, daripada 79 juta orang yang akan pulang berhari raya, 13 juta daripada mereka adalah perantau dari kawasan Jabodetabek iaitu kediaman metropolitan bandar Jakarta.

“Jadi boleh dikatakan ramai warga Jabodetabek yang akan mudik ke kampung untuk beraya,” kata Budi.

Budi berkata, jangkaan 79 juta orang yang akan menjalani mudik lebaran adalah lebih tinggi daripada hasil tinjauan pertama.

Menerusi  tinjauan pertama sekitar Februari 2022, Kementerian Pengangkutan meramalkan 55 juta orang akan pulang ke kampung.

Sementara itu, pengembara yang akan menggunakan kenderaan persendirian sama ada motosikal ataupun kereta diramal mencecah 40 juta orang.

Setakat ini, pengangkutan yang telah disediakan kerajaan terdiri daripada 57,000 bas, 205 kapal dan 327 kapal terbang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI