fbpx

PGA gempur premis simpan stok mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak-kotak berisi mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Cabang Tiga, Gunong dekat Bachok semalam. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis mercun bernilai lebih RM254,000 selepas menyerbu sebuah premis perniagaan di Kampung Cabang 3, Gunong dekat Bachok semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu premis tersebut dipercayai dijadikan stor penyimpanan barangan itu sebelum ia dibawa untuk dijual ke Johor.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa serbuan itu dilakukan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai penyewa premis perniagaan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam premis itu telah menemui sebanyak 81 kotak dan 21 guni berisi pelbagai jenis mercun.

“Siasatan awal mendapati, mercun-mercun itu akan dibawa ke Johor dan proses penghantaran akan dilakukan menggunakan lori,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azhari memberitahu, kesemua mercun yang dirampas dipercayai dibawa masuk dari negara jiran menerusi pangkalan haram di Sungai Golok.

Katanya, mercun-mercun itu diangkut sedikit demi sedikit menggunakan kereta bagi memudahkan pergerakan selain mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI