fbpx

Penduduk dilarang menyanyi semasa perintah berkurung Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shanghai kini diarahkan oleh kerajaan China untuk menjadi perintah berkurung susulan lonjakan kes Covid-19. - Getty Images

SHANGHAI – Penduduk yang  menjalani perintah berkurung Covid-19 di bandar Jiuting, Shanghai diberi amaran oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan supaya tidak menyanyi sepanjang tempoh kuarantin, lapor portal Mothership.sg, semalam.

Amaran itu dinyatakan menerusi dron pemerintah yang diterbangkan ke kawasan kejiranan.

“Kepada semua penduduk, sila patuhi semua peraturan sekatan Covid-19 dan kawal perasaan untuk keluar bebas seperti biasa.

“Jangan buka tingkap atau menyanyi,” demikian amaran yang dikeluarkan.

Pengumuman dron itu juga menyatakan, perbuatan menyanyi boleh meningkatkan risiko penyebaran virus.

Pengguna laman sosial Weibo meluahkan kemarahan mereka terhadap pengumuman dron itu dan berkata, penduduk menjerit meminta bantuan bekalan makanan dan bukannya menyanyi.

Sebilangan yang lain  juga mengadu bahawa perintah berkurung yang ketat telah menghalang sumber bantuan asas daripada dihantar ke kawasan berkenaan.

Meskipun penduduk telah menghubungi pihak berkuasa tempatan setiap hari, mereka tidak menerima sebarang maklum balas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI