fbpx

Lelaki simbah asid pada isteri, anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis daerah Al-Samir berjaya memberkas suspek kerana didakwa menyimbah asid ke atas isterinya. – SPA

JEDDAH, ARAB SAUDI – Polis Jeddah menahan seorang lelaki kerana menyimbah asid pada isterinya sehingga menyebabkan kematian wanita itu dan mencederakan anak perempuan mangsa, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pusat talian kecemasan polis Jeddah sebelum itu menerima laporan mengenai seorang wanita dan anaknya yang disimbah asid di kediaman mereka di daerah Al-Samir, timur Jeddah.

Sebaik sahaja anggota-anggota  polis tiba di lokasi, mereka menemui wanita tersebut dan anaknya dalam keadaan parah akibat melecur disimbah asid.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital King Fahd, namun wanita berkenaan meninggal dunia sementara anaknya daripada perkahwinan terdahulu cedera parah dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Polis berkata, suspek melarikan diri selepas menyerang kedua-dua mangsa. Dia bagaimanapun berjaya diberkas tidak lama selepas itu.

Menurut sumber polis, suspek memukul isterinya dan menyimbah asid ke atas mangsa dan anaknya selepas bertelagah mengenai hal keluarga.

Kedua-dua mereka dikatakan berkahwin 10 bulan lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI