fbpx
KEMALANGAN membabitkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah lori membawa muatan ayam sejuk beku di Teluk Intan pada pukul 5.55 pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Suami isteri maut nahas dengan lori ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori satu tan membawa muatan ayam sejuk beku dalam nahas di Parit Sembilan, Labu Kubong menghala ke Kg. Gajah di Teluk Intan pada pukul 5.55 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad  berkata, sebaik sahaja pihaknya tiba didapati, terdapat mangsa iaitu sepasang suami isteri masing-masing berumur 32 dan 33 tahun tersepit.

Katanya, mereka disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sementara itu, dua lelaki iaitu pemandu lori dan kelindan hanya mengalami kecederaan ringan. Bomba melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN