fbpx
Gambar hiasan

Lelaki maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terbabas dalam kemalangan di kilometer 34 Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh, Serendah, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 4.15 petang.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC menghala ke Batang Kali sebelum hilang kawalan dan terbabas di lokasi kejadian.

“Lelaki terbabit disahkan mati di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arsad, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian disebabkan memandu dengan melulu atau membahayakan.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut diminta untuk menyalurkan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN