fbpx

Kanak-kanak positif Covid-19 di Shanghai diasingkan daripada ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit kanak-kanak boleh ditemani ibu bapa sekiranya mereka juga dijangkiti Covid-19, namun perlu diasingkan sekiranya sihat. – Cyprus Mail

BEIJING – Pihak berkuasa Shanghai mengumumkan bahawa kanak-kanak yang dijangkiti virus Covid-19 di bandar raya  itu perlu diasingkan daripada ibu bapa mereka, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut seorang pegawai, Wu Qianyu, pesakit kanak-kanak boleh ditemani oleh ibu bapa sekiranya mereka juga dijangkiti virus tersebut, namun perlu diasingkan sekiranya sihat.

Berdasarkan peraturan di Shanghai, sesiapa sahaja yang didapati positif Covid-19 perlu diasingkan daripada individu sihat, tanpa mengira sama ada mereka tidak bergejala atau mengalami jangkitan ringan.

Langkah itu mengundang kemarahan bukan sahaja dalam kalangan diplomat Barat, bahkan rakyat China sendiri terutamanya golongan ibu bapa.

“Ibu bapa perlu memenuhi beberapa ‘syarat’ untuk menemani anak mereka? Ia amat merepek kerana itu merupakan hak utama mereka,” kata seorang penduduk menerusi laman sosial Weibo.

Qianyu semalam  mempertahankan tindakan mengasingkan  bayi dan kanak-kanak daripada  ibu bapa dengan berkata, polisi itu penting untuk mencegah dan mengawal virus Covid-19.

Pemerintah China turut mengerahkan pasukan tentera dan beribu-ribu petugas kesihatan untuk ditempatkan di Shanghai bagi membantu melakukan  ujian saringan Covid-19 ke atas semua 26 juta penduduk kota raya itu.

Stesen penyiaran CCTV melaporkan bahawa kementerian kesihatan menempatkan lebih 38,000 petugas kesihatan dari 15 buah wilayah di Shanghai untuk membantu memerangi wabak koronavirus. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI