fbpx

Budak teman kucing kesayangan dalam sangkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi gelagat Nor Arisya yang bermain kucing dalam sangkarnya.

PETALING JAYA – Gelagat seorang budak perempuan masuk ke dalam sangkar kucing untuk bermain dengan haiwan peliharaannya menarik perhatian pengguna media sosial.

Aksi yang mencuit hati itu sempat dirakam bapa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Faizi Raid dan dimuat naik dalam Facebook miliknya.

Menerusi klip video berdurasi 26 saat, kelihatan kanak-kanak itu, Nor Arisya Farhana yang baru selesai mandi dengan selamba masuk ke dalam sangkar untuk bermain dengan kucing miliknya.

Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna meninggalkan komen terhadap aksi kanak-kanak tersebut.

“Comel dia (duduk) dalam sangkar,” tulis seorang Ishak Mahmud.

“Ya Allah ya tuhanku, sabar jelah. Tarik nafas panjang bapanya,” komen Shaharonara Mahmud. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI