fbpx

‘Ramadan pertama saya sebagai pesakit kanser’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda berkongsi kisahnya menyambut Ramadan tahun ini sebagai pesakit kanser.

PETALING JAYA – Sayu hati seorang pemuda apabila mengenangkan nasib hidupnya setelah disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat sejak September lalu.

Menerusi video @porrfavor di aplikasi TikTok, dia meluahkan rasa sedih apabila sambutan Ramadan tahun ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana faktor kesihatan yang dialaminya.

Katanya, Ramadan lepas dia masih dapat menyambutnya dengan keadaan sihat dan mampu berpuasa seperti insan lain.

“Ini merupakan Ramadan pertama saya sebagai pesakit kanser dan saya juga tidak digalakkan untuk berpuasa kerana risau keadaan semakin kurus dan mengganggu proses perubatan.

“Kalau sebelum ini saya memang akan tarawih di masjid, suka pergi bazar Ramadan, makan di luar dengan keluarga, tapi tahun ini saya tak digalakkan ke tempat orang ramai,” ujarnya.

Bercerita tentang perjalanan penyakitnya, pemuda tersebut memberitahu mula merasakan simptom awal sejak April 2021 apabila sukar untuk tidur dan kerap berpeluh pada waktu malam.

“Saya juga sering alami sakit dada dan sukar bernafas dan bila buat pemeriksaan, doktor kata ada kaitan dengan otot sebab saya selalu main badminton.

“Tapi saya kurang yakin dengan jawapan doktor, dan selepas jumpa pakar, akhirnya saya disahkan menghidap kanser tersebut,” kongsinya.

Dalam pada itu, orang ramai yang menonton videonya, turut mendoakannya agar kembali sihat dan mampu aktif semula seperti mana minatnya dalam menceburi sukan badminton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI