fbpx

Lelaki terima 90 dos suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti suspek akhirnya dikesan polis selepas dia menerima suntikan vaksinasi selama dua hari berturut-turut di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg. – Shutterstock

MAGDEBURG, JERMAN – Seorang lelaki dari Jerman menerima 90 dos suntikan vaksin Covid-19 bagi membolehkannya menjual sijil vaksinasi kepada individu lain, lapor portal berita MailOnline semalam.

Sijil tersebut mempunyai nombor siri sebenar dan  dijual kepada individu yang enggan menerima suntikan vaksinasi.

Lelaki berusia 60 tahun dari bandar Magdeburg itu dilaporkan menerima 90 suntikan di beberapa buah pusat vaksinasi selama beberapa bulan sebelum diberkas polis.

Aktiviti suspek akhirnya dikesan polis selepas dia menerima suntikan vaksinasi selama dua hari berturut-turut di sebuah pusat vaksinasi di Eilenburg, dalam negeri Saxony.

Suspek tidak ditahan, namun agensi berita Jerman, Dpa melaporkan bahawa dia kini disiasat pihak polis atas tuduhan mengedarkan kad vaksinasi tanpa kebenaran dan pemalsuan dokumen.

Beberapa keping kad kosong turut dirampas daripada suspek.

Setakat ini, tiada penjelasan mengenai kesan yang mungkin dialami oleh suspek akibat daripada 90 dos suntikan yang diterimanya daripada beberapa jenama vaksin Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI