fbpx
KAKI ponteng puasa turut menerima gelaran geng plastik hitam. - GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Jangan kompromi geng plastik hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara pengarang,

Apabila tiba bulan puasa, kita secara automatik teri­ngat mengenai kehadiran van jenazah mengangkut orang yang ditangkap kerana makan di khalayak ramai pada siang hari bulan Ramadan.

Itu dahulu, sekarang Jabatan Agama Islam negeri sudah tidak lagi menggunakan van jenazah bagi menutup aib individu ponteng puasa.

Mereka ini digelar geng plastik hitam kerana membungkus makanan yang dibeli di gerai atau restoran seawal pukul 11 pagi kerana tidak berpuasa walaupun mempunyai kudrat dan sihat.

Orang Islam diwajibkan berpuasa kerana selain meraih rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda, kita dituntut menyelami kehidupan orang miskin dan fakir dengan menahan lapar serta dahaga.

Apa yang merunsingkan ialah sikap peniaga yang tetap juga menjual makanan kepada orang lelaki pada siang hari. Sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab dengan menyoal siasat dahulu si pembeli.

Lebih senang apabila si pembeli telah mengenali tauke kedai. Mereka ibarat menutup mata dan bersekongkol dengan si kaki ponteng puasa dengan menjual makanan kepada mereka.

Paling mudah ialah restoran makanan segera dan nasi kandar yang sentiasa memberi ruang kepada geng plastik hitam membeli makanan pada bila-bila masa.

Memang dosa sendiri tanggung tetapi sebagai orang Islam, apa salahnya kita berusaha sedaya upaya mengubah diri dengan berniat untuk berpuasa penuh. Lagipun ada 11 bulan lagi dalam setahun yang boleh makan siang.

Lebai Malang,
Cheras, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN