fbpx

Jaga kebersihan makanan, SOP bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (tengah) menyerahkan apron kepada peniaga bazar Ramadan di Klebang Restu, semalam.

IPOH – Seramai 70 petugas termasuk 25 anggota Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ditugaskan memantau syarat pelesenan dan pematuhan Pelan Pemulihan Negara di semua bazar Ramadan di bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak 25 lokasi diluluskan tahun ini bagi memberi kemudahan kepada para peniaga menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut beliau, pemantauan juga bagi memastikan kebersihan dan amalan keselamatan makanan oleh pengendali termasuk pembersihan tapak selepas tamat berniaga dipatuhi.

“Penganjuran bazar dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak penganjur namun MBI tetap memantau syarat-syarat pelesenan serta prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik yang bermula 1 April lalu.

“Bazar Ramadan juga menyumbang hasil dalam bentuk cukai kepada MBI sebanyak RM45,200 melibatkan 904 pelesenan tapak niaga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa melawat Bazar Ramadan Klebang Restu serta menyampaikan topi, apron dan lesen perniagaan kepada para peniaga, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI