fbpx

Gaun Billie Eilish paling buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

KEDENGARAN pelik tetapi itu yang berlalu kepada penyanyi Billie Eilish apabila diumumkan sebagai selebriti dengan pakaian paling buruk ketika menghadiri Anugerah Oscar 2022 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dalam acara tersebut,penyanyi berusia 20 tahun itu mengenakan gaun Gucci serba hitam yang dianggap buruk oleh sesetengah pengkritik fesyen.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Happier Than Ever itu menjawab komen seorang pengguna Twitter yang mengecam gaun yang digayakannya.

“Saya tidak suka melakukannya (mengkritik) tetapi inilah pakaian paling buruk menurut saya di Oscar,” ujar pengguna Twitter tersebut.

Eilish ketika menjawab kritikan tersebut memberitahu, dia tidak kisah dengan gelaran yang diberikan individu tersebut kerana tahu apa yang terbaik
untuk dirinya.

“Saya belum pernah muak menjadi ‘kotor’. Silakan terus memberi kecaman anda kepada saya,” jawab penyanyi itu bernada sinis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI