fbpx

TMJ sumbang untuk pembedahan jantung kanak-kanak down sindrom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail menandatangani cek untuk diberikan kepada ibu seorang kanak-kanak down sindrom yang mengalami masalah jantung berlubang.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan kewangan untuk membantu kanak-kanak sindrom down, Koh Jia Wei yang mengalami sakit jantung berlubang.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

“Saya telah menerima laporan dari pegawai saya berkenan adik Koh Jia Wei dan saya akan hulurkan bantuan untuk kos perubatan.

“Saya berharap dan berdoa agar pembedahan ini dapat membantu beliau meneruskan hidup dengan lebih sempurna,” titah baginda.

Sementara itu, satu kenyataan berasingan memaklumkan sumbangan itu akan disampaikan secara terus kepada ibu kanak-kanak tersebut.

“Doktor telah mengesahkan bahawa anak kecil ini memerlukan pembedahan segera untuk pembetulan jantung kerana berisiko mengalami kegagalan jantung dan akan memerlukan sokongan oksigen sepanjang hayatnya.

“Cek tersebut akan disampaikan sendiri oleh pegawai Tunku Mahkota Johor kepada ibunya, Koh Bee Bee bagi menampung kos pembedahan segera dan rawatan agar anak kecil ini dapat kembali sihat. Allah Peliharakan Sultan,” jelas kenyataan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI