fbpx

Timbalan Mufti WP ketuai cerapan anak bulan di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses cerapan anak bulan Hilal Ramadan 1443H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Proses cerapan hilal atau anak bulan bagi Ramadan 1443H peringkat Putrajaya di sini hari ini dipimpin sendiri oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan.

Cerapan secara rasmi bermula pukul 7.21 malam atau tiga minit awal sebelum masuk waktu Maghrib bertempat di anjung aras tiga Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau turut dibantu ahli jawatankuasa melihat anak bulan Wilayah Persekutuan antaranya Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan, Datuk Mohammad Abdullah.

Sementara di Balai Cerap Bukit Jugra, Banting, ahli falaq sedang melihat anak bulan melalui teleskop . FOTO ZULFADHLI ZAKI

Turut menyertai program cerapan tahunan itu ialah ahli falak, Datuk Dr. Azhari Mohamad dan Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Safina Zainal.

Turut hadir Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuala Lumpur/Putrajaya, Saiful Wazlan Wahab serta Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Putrajaya, Mastuyah Sahari.

Berdasarkan analisis data cerapan di Putrajaya, anak bulan hanya berumur lima jam tujuh minit manakala tempoh hilal iaitu kedudukan atas ufuk atau kaki langit barat pula 11 minit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI