fbpx

FIFA siasat dakwaan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESIR mendakwa para pemainnya menerima ugutan dan kecaman berbentuk perkauman ketika perlawanan menentang Senegal berakhir kelmarin. – AFP

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan memulakan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh Mesir ketika aksi playoff kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Senegal kelmarin.

Pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Abdoulaye Wade, Dakar kelmarin, Mesir terpaksa akur gagal mela­yakkan diri selepas tewas menerusi penentuan sepakan penalti 1-3 selepas perlawanan terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Bagaimanapun, aksi tersebut dicemari dengan beberapa insiden dan kontroversi apabila Mesir mendakwa pemain bintangnya, Mohamed Salah dan rakan sepasukannya diserang dengan balingan objek serta kecaman perkauman.

Lebih teruk, rakaman video jelas menunjukkan bahawa Salah diganggu dengan pancaran laser ketika mengambil sepakan penalti dan ia dikatakan menjadi sebab kegagalannya untuk menyempurnakan tendangan ter­sebut.

“Pasukan kebangsaan kami terdedah dengan serangan berbentuk perkauman daripada penyokong Senegal yang berada di tempat duduk penonton. Seluruh pemain Mesir diancam dan Salah menjadi fokus mereka,” kata Persatuan Bolasepak Mesir menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Rentetan kejadian itu, FIFA berjanji akan meneliti secara terperinci dan badan disiplin akan memutuskan langkah yang patut diambil.

“FIFA kini dalam proses meng­analisis laporan rasmi perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Senegal dan Mesir,” menurut ke­nyataan badan induk bola sepak dunia itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI