fbpx

7 ditahan seleweng diesel bersubsidi RM1.02 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM Wilayah Dua berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi dalam satu operasi di Jalan Kempas Lama, Off Jalan Skudai, Johor Bahru, pagi semalam.

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan aktiviti penyelewengan 94,398 liter minyak diesel selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Kempas Lama, Off Jalan Skudai, di sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, dalam operasi kira-kira 4.30 pagi itu, pihaknya merampas minyak diesel bersubsidi tersebut dan sebuah lori tangki yang dianggarkan bernilai RM1.02 juta.

Beliau berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risik Marin susulan berjaya mengesan sebuah premis yang dijadikan stor tempat penyimpanan minyak diesel bersubsidi.

“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui tiga lori tangki dan tangki yang berisi keseluruhan 94,398 liter minyak diesel bersubsidi.

“Dalam operasi itu, pasukan operasi turut menahan tujuh lelaki rakyat tempatan berusia lingkungan 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyelewengan berkenaan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan serbuan itu, pasukan operasi turut menyita dua lori tiga tan yang telah diubah suai bagi mengangkut minyak, sebuah treler bersama beberapa peralatan pam minyak serta wang tunai berjumlah RM61,664.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI