fbpx

Pesara rugi RM99,330 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM99,330 lesap selepas ditipu individu yang mendakwa dia terlibat dalam kes pengedaran dadah dan penggubahan wang haram.

Kejadian bermula selepas wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihak tersebut memaklumkan wanita itu terlibat dalam kes jenayah.

“Panggilan kemudian disambungkan ke Bank Negara untuk mangsa membuat laporan berkaitan akaun bank miliknya.

“Pada masa sama, mangsa juga telah diminta mengeluarkan wang di dalam akaun Tabung Haji untuk dipindahkan ke akaun peribadi di Bank Islam,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Mangsa tidak menyedari dia telah menyerahkan maklumat akaun Bank Islam miliknya kepada suspek di mana semua wang dalam akaun itu dipindahkan ke akaun pihak ketiga melalui perbankan internet.

Susulan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan semalam dan siasatan kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI