fbpx

Kaji harga jika kos benih padi meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Kerajaan negeri akan mempertimbangkan semula harga siling benih padi sah yang ditetapkan RM35 bagi setiap 20 kilogram (kg) sekiranya kos meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Razman Zakaria berkata, tidak ada pihak yang mahu menanggung risiko dan kerugian jika kos benih padi ini meningkat.

Bagaimana pun katanya, buat masa ini kerajaan telah menetapkan harga jualan maksimum pada peringkat runcit tidak melebihi RM35 bagi setiap 20kg beg benih padi.

“Kita juga mengalakkan penggunaan baja organik dan pengeluaran berasaskan kepada bahan tempatan dalam mengatasi kenaikkan harga peringkat global.

“Sekiranya terdapat jualan benih padi melebihi RM35 aduan boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Negeri Perak,” katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI