fbpx

Akta Anti Lompat Parti halang pertukaran Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang bakal dibentangkan tidak lama lagi antara lain bertujuan menghalang berlaku pertukaran Perdana Menteri disebabkan oleh perbuatan melompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tanpa akta seperti itu negara telah menyaksikan tiga kali pertukaran Perdana Menteri dalam masa satu penggal Parlimen.

“Apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum 2018 kita berhadapan (dengan keadaan) dua parti besar satu kalah dan satu menang. Kita lihat (menjangkakan) bahawa bakal diadakan dua parti sistem untuk mentadbir negara seperti di England dan Amerika Syarikat.

“Kita lihat ini boleh jadi semak dan imbang dan penjagaan yang sangat baik, tetapi amat malang sekali lompat parti berlaku dan kerajaan tidak punya mempunyai undang-undang atau peraturan langsung berhubung perkara ini, maka timbul ketidakstabilan politik.

“Inilah sejarah pertama negara ini tiga kali tukar Perdana Menteri dalam masa satu penggal Parlimen. Ini kita hendak halangkan dengan undang-undang ini. Jika undang-undang ini tidak diluluskan, kita mungkin akan berdepan dengan perkara yang sama pada masa akan datang,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk John Ambroses apakah tindakan kerajaan untuk memastikan kestabilan kerajaan jika RUU Anti Lompat Parti jika tidak sempat dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI