fbpx

Rusia didakwa mahu bahagi dua Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA perisikan pertahanan Ukraine memberi amaran tentera Rusia mahu membelah Ukraine kepada dua bahagian. – Getty

MOSCOW – Ketua perisikan pertahanan Ukraine, Kyrylo Budanov memberi amaran bahawa Rusia mahu ‘membelah’ negara itu menjadi dua bahagian seperti Korea Utara dan Korea Selatan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Budanov menuduh tentera Rusia cuba mengaplikasikan ‘senario Korea’ selepas gagal menawan Kiev ketika pencerobohan Moscow terus ditentang tentera Ukraine.

Menurut Budanov, tentera Presiden Vladimir Putin tidak lama lagi akan melancarkan perang gerila di wilayah-wilayah yang diduduki Rusia dalam usaha untuk mewujudkan sebuah wilayah yang dikuasai Moscow.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Ukraine, Budanov berkata, Putin sedar bahawa beliau tidak boleh menawan seluruh Ukraine dan akan cuba memecah-belahkan negara itu.

“Penjajah akan cuba menjadikan wilayah-wilayah yang diduduki sebagai satu struktur separa negara dan membelah negara Ukraine yang merdeka,’’ tambahnya.

Budanov menegaskan bahawa Rusia cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri di bandar-bandar yang diduduki dan menghentikan orang ramai daripada menggunakan mata wang Ukraine.

Beliau percaya keutamaan Putin kini tertumpu di timur dan selatan Ukraine dengan tentera Rusia melancarkan serangan dari dua arah bertentangan.

Amaran itu dikeluarkan selepas pemimpin Donbas berkata, beliau mahu mengadakan referendum untuk menyertai Rusia. Donbas merupakan rantau Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Moscow. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI