fbpx

Noh Omar kesal cuma serah “mock cheque”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada penerima bantuan pada majlis penyampaian Bantuan Dana Kecemasan PKS yang terkesan akibat banjir di Selangor di Sme Corporation Malaysia di sini hari ini. - FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar tanpa berselindung menyatakan rasa kesal kerana cuma menyampaikan surat tawaran Bantuan Dana Kecemasan PKMS (SMEEF 2.0) kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKMS) di ibu negara hari ini.

Menurutnya, beliau menjangkakan akan menyampaikan cek tunai SMEEF 2.0 kepada usahawan PKMS yang terjejas akibat banjir pada majlis tersebut, tetapi yang hadir cuma seramai 20 PKMS untuk menerima “mock cheque” SMEEF 2.0.

“Sepatutnya hari ini bukan beri surat kelulusan, tetapi terus bagi cek. Saya rasa kesal hari ini bagi “mock cheque”. Bila mahu dapat duitnya. Takut selepas raya tidak tentu dapat lagi duit itu.

“Kerajaan sudah luluskan pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah dan moratorium bayaran balik selama setahun kepada usahawan yang berniaga dengan pendapatan lebih RM300,000 setahun dan mempunyai pekerja lebih lima orang.

“Peruntukan RM100 juta ertinya jika setiap PKMS kita beri pinjaman RM100,000 bermakna kita boleh bantu seramai 1,000 PKMS, tetapi sehingga hari ini hanya dapat 200 nama usahawan PKMS dan yang memohon hanya 20 PKMS,” katanya pada Majlis Penyampaian SMEEF 2.0 dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah SME Corp. Malaysia (OACP) di sini hari ini.

Noh Omar berkata, beliau membuat teguran tersebut bukan untuk kepentingan dirinya, tetapi memikirkan golongan PKMS yang amat memerlukan bantuan pinjaman daripada kerajaan selepas terjejas akibat bencana banjir sebelum ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa kesal kerana proses permohonan tersebut sepatutnya dipermudahkan tanpa perlu mengemukakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan senarai barangan yang mahu dibeli oleh PKMS.

“Arahan baharu saya syaratnya kini cukup mudah hanya perlu buktikan perniagaan memang kena banjir. Pengesahan boleh dibuat oleh pejabat daerah, boleh juga hanya berdasarkan laporan polis atau dibuat oleh pemimpin setempat.

“Ini pinjaman kecemasan, maka terpulang kepada mereka mahu beli apa,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI