fbpx

Buruh binaan warga Bangladesh dituduh rogol budak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Kalam (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini untuk menghadapi pertuduhan merogol seorang kanak-kanak pada 20 Mac lalu.

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun lapan bulan, minggu lalu.

Tertuduh, Md. Kalam Molla, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun lapan bulan.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Terusan Limbat, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 2 pagi pada 20 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan kerana berkemungkinan tertuduh yang merupakan warga asing berkemungkinan melarikan diri daripada undang-undang negara ini.

Md. Kalam dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan jaminan bagi kesalahan tersebut.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 10 Mei depan untuk serahan laporan perubatan mangsa dan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI